Selasa, 28 Julai 2009

Panorama di pinggir pantai Kg. Tertipan


foto: khazanah laut...kupang (siput sudu) dan rakit tempat memelihara kupang


foto: panorama ketika air laut sedang surut

Salam, baru-baru ni penulis muli ke kampung (isteri) di Kota Marudu dan kebiasaannya acara hujung minggu di isi dengan aktiviti keluarga ba'urung-urung (berkumpul) sambil mangan-mangan, bercerita-cerita, dan melepaskan penat lelah selepas puas bekerja. Menariknya, kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan pelawat-pelawat blog ini untuk melihat dan menikmati panorama pinggir pantai dan khazanah laut di kg. tertipan yang barangkali tidak ada di tempat lain...

Ahad, 12 Julai 2009

Secara kebetulan.. jumpa geng lama



foto: penulis dan Den

Salam, baru-baru ini 11/7/2009 sabtu, penulis terserampak dengan geng lama (Den) masa zaman sekolah di smk likas '86-90' dan maktab sabah '91-92' dulu...memang kami 'geng karas' al- maklum la kan masa tu zaman rock kapak melanda seantero negara, jadi teringat zaman 'iskol' dulu kami tubuhkan band 'whiterose' yang terdiri daripada penulis(drum), den(vokal), hashim(gitaris 2), roszaidi(bass) dan sam(gitaris 1) waktu tu abg ibrahim (penyelia asrama) adalah org kuat kami. Memang kami selalu jamming di sekitar kk dan selalu menjadi band pengiring di sekolah (maktab sabah) satu ketika dulu.... berbalik dengan geng lama ni penulis terserempak secara kebetulan di estcon karamunsing sambil 'meliat-liat' speaker di kedai tu. Walapun sampat bakurap sekajap tapi banyak la cerita yang dibincangkan terutama tentang perkembangan masing-masing, cerita geng-geng yg. lain, dan nostalgia zaman iskol dulu. Itulah dia insan seni yang bernama Hamdan Romolo (Den) yang aku jumpa mungkin ramai yg kenal dengan artis Sabah ni, dulu beliau ni duduk di KL sempat jua buat 2 album tp sekarang ni sudah duduk di sabah buat album sendiri dan kerja dgn sykt production sendiri. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dan teruskan perjuanganmu yang belum selesai dalam bidang seni ni jatuh bangun biasa la... bila kita berani gagal mungkin pintu rezeki akan lebih luas di hadapan yg penting rajin berusaha.. ketika penulis mencatat blog ini tengah layan lagu 'ku tak ingin' yg. mendayu-dayu tu... tapi aku tau kau masi rock macam dulu..ok den!

Ahad, 5 Julai 2009

Selamat Bersara Kepada Pen. Kanan 1 Sk. Kg. Brunei, Membakut

babu hjh jamayah menerima cendera kenangan drp. cikgu Rahman (GB)


meja vvip bersama dgn tetamu yg diraikan

foto kenangan cikgu Rohani dengan babu hjh


Ucapan terakhir babu hjh. jamayah


Bersaranya seorang guru yang banyak berjasa kepada anak bangsa! babu hjh Jamayah hj. Adnan pada tanggal 3hb julai 2009 dan sempena memperingati jasa babu hjh maka seluruh warga staff sk. kg. brunei telah berkolaborasi mengadakan satu majlis yang sederhana yang telah diadakan di Hotel Tang Dynasty pada tanggal 4hb julai 2009(sabtu) sekitar jam 11. Majlis tersebut telah diurus selia oleh Cikgu Rohani (isteri penulis). Terfikir jua penulis.... kalau bukan kitani sendiri yang menghormati profesion guru ni siapa lagi? jadi apa ta salahnya kitani susun atur majlis ni di hotel bukan jua kan menunjuk-nunjuk eh...!

Sabtu, 4 Julai 2009

BELASUNGKAWA


AL-FATIHAH KEPADA AYAHANDA ALLAHYARHAM HJ. NASIR (PACIK)
Takziah kepada keluarga mama Jasni sekeluarga di atas pemergian suami tercinta Ayahnda Allahyarham Hj. Nasir Damang tengahari 4 hb Julai 2009 di rumah beliau Kg Pelalai Brunei Membakut. Mudah-mudahan roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Jumaat, 3 Julai 2009

keluargaku













foto keluarga ini untuk tatapan saja agar takidum-takidum selalu....foto di atas sekali kenangan bersama keluarga selepas konvo ums '08 manakala foto di kiri kami anak beranak dan foto di kanan adalah foto kenangan bersama mentua, raya 2008...

Sekapur sirih


Assalamualikum...... takidum selalu baru ta banar-banar hebat! hidup perlu diteruskan mesti ceria selalu, blog ini hanya sekadar untuk berkongsi idea dan dapatan di dalam hidup ini. Medium ini mungkin dapat menyalurkan segala apa yang terbuku di dalam fikiran, pada saya kita mesti bijak untuk mengurus hidup ini....