Jumaat, 16 April 2010

Allah Lebih Menyayangimu...


Assalamulaikum wkbt kepada semua, lebih sebulan penulis inda mengemaskini laman blog ini, banyak peristiwa pengalaman duka penulis sepanjang bulan Mac dan April 2010 ini sehingga payah kan diluahkan di sini. Tapi bila emosi sudah stabil di sini penulis ingin paparkan apa yang berlaku pada penulis sekeluarga. Kelmarin pada 15 April 2010 bersamaan 1 JamadilAwal 1413 genap 40 hari pemergian Allahyarhama bonda Idah Hj Dumang (ibu mertua) selang selepas 20 hari pemergian adindanya Allahyarhama bonda Tijah Hj. Dumang. Rasa sedih, pilu, terkilan, dan segala-galanya telah dirasai penulis sekeluarga... hanya Allah sahaja yang tahu. Penulis bagi pihak keluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kaum keluarga, saudara-mara, sahabat-handai yg berada di Kg. Tambun, Kg. Tertipan, Kg. Brunei Mbkt, guru-guru di SMK Membakut dan SK. Kg Brunei yang telah terlibat dalam urusan menyempurnakan jenazah, kenduri tahlil, dan yang memberikan sumbangan ikhlas (Allah sahaja yg dpt membalas jasa tuan2). Mudah-mudahan Allah swt menempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman, AL-FATIHAH kpd. Bonda Allahyarhama Idah Hj. Dumang. Amin