Ahad, 24 April 2016

Pembelajaran Abad ke-21 (PA21)

Assalamulaikum dan selamat berhujung minggu,sedikit adabtasi konten PA21 utk tatapan kitani semua. Kalau diamati dasar terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Jadi, apa sebenarnya Konsep Pembelajaran Abad ke-21 tu? 

  • Menumpukan kepada kreativiti dalam memberi pemahaman kepada pelajar secara lebih holistik
  • Menghasilkan pelajar berdaya fikir hebat hasil garapan menerusi pendidikan yang memberi kebebasan berfikir dan menterjemahkan kreativiti dalam kelas.
  • Pelaksanaan PA 21, bukan saja tertumpu dibandar, malah sekolah -sekolah luar bandar turut menunjukan peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan akhir setiap tahun.
  • Sistem PA 21, 70% pembelajaran datangnya daripada idea pelajar, dan 30% daripada guru yang bertindak sebagai pembimbing, berbeza dengan cara pembelajar sebelum ini yang hanya berasaskan apa yang diajar oleh guru, termasuk membuat latihan ulang kaji di rumah.
  • Ciri-ciri PA 21 ini juga memberi semangat kepada pelajar untuk menunjukan kebolehan dan keyakinan diri apabila perlu memberi idea kepada guru untuk dibincangkan bersama.
  • Penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran dalam sistem PA 21 dilaksakan.
PA 21 dan 6 aspirasi dalam melahirkan pelajar  Abad ke-21,
  1. Melahirkan pelajar yang berpengatahuan.
  2. Kemahiran berfikir.
  3. Kemahiran memimpin.
  4. Kemahiran dwi bahasa ( bahasa Inggeris dan Melayu).
  5. Etika dan kerohanian.
  6. Identiti Nasional.
Memang untung pelajar sekolah masakini, banyak dah pembaharuan yang kementerian jalankan, lepas ni adik-adik jangan malas tau nak ke sekolah, gunakan peluang yang telah diberikan, penat para ilmuan kita, terutama dalam bidang pendidikan untuk memikirkan yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, bukan saja dalam bidang pembelajaran tetapi dalam kehidupan, 

Semoga Malaysia terus dapat melahirkan bakat-bakat muda yang mampu membawa nama Malaysia ke peringkat Antarabangsa, mudah keladi kata,