Jumaat, 30 Oktober 2009

Khamis, 1 Oktober 2009

Takidum-kidum di pagi raya

Isnin, 14 September 2009

SYAHWAL MENJELMA LAGI....2009




Salam Aidilfitri,

Pada penghujung Ramadhan ani akan tibalah saat yang dinanti-nanti oleh seluruh umat islam untuk menyambut hari kemenangan, terasa sedih jua berpisah dengan Ramadhan ani tapi syukur ta sebab kitani masih dikurniakan oleh-Nya kesihatan yang baik di sepanjang Ramadhan tahun ani. Di hujung-hujung Ramadhan ani semua kitani gagau(sibuk) membuat persiapan menyambut Aidilfitri tapi jan kitani sambaranakan(lupakan) dangan-dangan dan saudara mara kitani yang susah dan miskin atu. Aidilfitri ani.. bukan kitani saja kan merayakan mun ada rezeki labih-labih atu hulur-hulurkan ta kepada saudara-saudara kitani yang susah atu supaya bisdia dapat jua merayakan Aidilfitri tahun ani dengan meriah dan sederhana. Pada kesempatan ani... saya sekeluarga Azmie Hj. Muadi, Pn. Rohani Soyoh(isteri), Mohd. Aqil Azamuddin, Mohd. Syahmie Izuddin, Muhamad Hanan Hakim (peranak) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua paradian, paiparan, saudara-mara, sahabat-handai, komuniti takidum, para blogger, samada di Membakut dan Kota Marudu. Semoga Aidilfitri tahun ani membawa seribu keinsafan dan kesyukuran kepada kitani...Insaallah.


Selasa, 18 Ogos 2009

Ramadhan tiba lagi...


Assalamualaikum wbkt..

kepada semua kaum keluarga, saudara-mara dan rakan taulan di Membakut, Kota Marudu dan di mana-mana sahaja, selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan yg dirindui bulan yg penuh barakah. Alhamdullilah dengan izin-Nya jumpa lagi kita ramadhan tahun ani...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sekitar Majlis Kahwin Si Aji...


foto : aksi DJ Tony mcm ci teteng...karaoke di tajaan oleh syahmie sound production(SSP)

Salam, batah inda update blog ani kerana kesibukan penulis selama 3 minggu berturut-turut. Untuk tatapan barang dinakan di blog ani penulis sempat merakamkan majlis Kahwin Si Aji & Isterinya di kg. pinggan-pinggan, Pitas pada 8hb ogos 2009(sabtu)...
foto : sama cantik sama padan..bagi pinang dibelah dua
foto: keluarga drp. tambun....


Selasa, 28 Julai 2009

Panorama di pinggir pantai Kg. Tertipan


foto: khazanah laut...kupang (siput sudu) dan rakit tempat memelihara kupang


foto: panorama ketika air laut sedang surut

Salam, baru-baru ni penulis muli ke kampung (isteri) di Kota Marudu dan kebiasaannya acara hujung minggu di isi dengan aktiviti keluarga ba'urung-urung (berkumpul) sambil mangan-mangan, bercerita-cerita, dan melepaskan penat lelah selepas puas bekerja. Menariknya, kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan pelawat-pelawat blog ini untuk melihat dan menikmati panorama pinggir pantai dan khazanah laut di kg. tertipan yang barangkali tidak ada di tempat lain...

Ahad, 12 Julai 2009

Secara kebetulan.. jumpa geng lama



foto: penulis dan Den

Salam, baru-baru ini 11/7/2009 sabtu, penulis terserampak dengan geng lama (Den) masa zaman sekolah di smk likas '86-90' dan maktab sabah '91-92' dulu...memang kami 'geng karas' al- maklum la kan masa tu zaman rock kapak melanda seantero negara, jadi teringat zaman 'iskol' dulu kami tubuhkan band 'whiterose' yang terdiri daripada penulis(drum), den(vokal), hashim(gitaris 2), roszaidi(bass) dan sam(gitaris 1) waktu tu abg ibrahim (penyelia asrama) adalah org kuat kami. Memang kami selalu jamming di sekitar kk dan selalu menjadi band pengiring di sekolah (maktab sabah) satu ketika dulu.... berbalik dengan geng lama ni penulis terserempak secara kebetulan di estcon karamunsing sambil 'meliat-liat' speaker di kedai tu. Walapun sampat bakurap sekajap tapi banyak la cerita yang dibincangkan terutama tentang perkembangan masing-masing, cerita geng-geng yg. lain, dan nostalgia zaman iskol dulu. Itulah dia insan seni yang bernama Hamdan Romolo (Den) yang aku jumpa mungkin ramai yg kenal dengan artis Sabah ni, dulu beliau ni duduk di KL sempat jua buat 2 album tp sekarang ni sudah duduk di sabah buat album sendiri dan kerja dgn sykt production sendiri. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dan teruskan perjuanganmu yang belum selesai dalam bidang seni ni jatuh bangun biasa la... bila kita berani gagal mungkin pintu rezeki akan lebih luas di hadapan yg penting rajin berusaha.. ketika penulis mencatat blog ini tengah layan lagu 'ku tak ingin' yg. mendayu-dayu tu... tapi aku tau kau masi rock macam dulu..ok den!